Saya dipesan oleh rakan saya, Kamil. Jadi saya berpesan kepada diri saya
dan rakan-rakan yang lain. Jangan kita leka dan lalai pada lima waktu setiap hari.
PESANANNYA.
Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan
diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."