X P r e s i: Kisah Beruang Beriman

« Home | Pesanan Ketika Leka » | Gelagat Mat dan Minah Rempit » | Apa Komen Ida dan Norizah? » | Kisah Pangsapuri Tempat Tinggal Saya » | Sinar Cahaya Ayat Kursi » | Apa Nak Jadi! » | Cabaran Kinabalu » | Kemalangan Tak Diduga » | Damai » | Blog Pertama »

Kisah Beruang Beriman

Ini bukannya cerita lucu. Tapi kalau anda tak ketawa, ada sesuatu yang tak kena dengan anda.
Saya dapat cerita ini dalam kiriman email seorang kawan. Ikutilah ceritanya.

"Alkisah... Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan
untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar
dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya
patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ... Berita buruknya adalah beruang tadi
terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah", doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah
pada hari Jumaat yang mulia ini ... Ampunilah aku ya Allah ... makbulkan hajat ku ini ...
jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman ... tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum! Beruang tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin! "